Deprecated: Function set_magic_quotes_runtime() is deprecated in /home/kebaznet/public_html/log/textpattern/lib/txplib_db.php on line 14
Kebalz.Net: Bro & Moe - Kertas
Bro & Moe - AuratBro & Moe - JalanrayaBro & Moe - KertasBro & Moe - Salam!Bro & Moe - Pengenalan



Bro & Moe - Kertas





Komen Iqbal –

Lakaran ini dikarang pada penghujung 2001. Lupa dah apa yang difikirkan masa itu. Mungkin sebab gaji lambat lagi agaknya masa tu.

Tapi setiap kali tengok balik lakaran ini, ingatan Iqbal akan melompat secara rawak kepada beberapa insiden hidup yang melibatkan duit dan ketiadaan duit.

Yang paling unik ialah sewaktu terpaksa berkongsi sebungkus nasi dengan Amad Adhar di desa Kembara, Minden, Pulau Pinang. Masa itu Iqbal di tahun tiga (sekitar 1994).

Insiden itu jadi kesan daripada janji yang tidak ditunaikan oleh seorang saudara rapat. Sekitar tahun yang sama, dengan ehsan dan bantuan Bistaman Halid, perut Iqbal pada waktu itu lebih kerap diisi dengan roti nan berjudu kuah dal dari sebuah gerai seorang qarqun di Gelugor.

Sungguh amat ganjil bila difikirkan bagaimana kerana sekeping atau beberapa keping kertas yang bersalut nilai rekaan, ikatan persaudaraan yang sepatutnya jauh lebih berharga boleh relai.

Tapi kerana ketiadaannya pula, ikatan persahabatan jadi lebih kukuh.



Komen

  Textile help