Deprecated: Function set_magic_quotes_runtime() is deprecated in /home/kebaznet/public_html/log/textpattern/lib/txplib_db.php on line 14
Kebalz.Net: Bro & Moe - Jalanraya
Bro & Moe - AuratBro & Moe - JalanrayaBro & Moe - KertasBro & Moe - Salam!Bro & Moe - Pengenalan



Bro & Moe - Jalanraya





Komen Iqbal –

Kalau tidak silap ini adalah lakaran pertama BnM, dikarang sekitar penghujung Ramadhan tahun 2000. Media masa itu sibuk dengan kempen berhati-hati di jalanraya sempena dengan aktiviti balik kampung yang dah jadi tradisi alam melayu kita tatkala menjelang Raya Puasa.

Iqbal sebenarnya bukanlah orang yang arif pasal kenderaan. Adapun ciptaan bertayar yang Iqbal boleh kendalikan dengan mahir, semuanya daripada jenis yang tidak memerlukan lesen dan cukai jalan; basikal, kereta sorong dan troli.

Yang lain, terus terang cakap, Iqbal tidak pandai. Pun begitu, pengalaman berulang-alik di dalam gerabak buruk 147/ 141 (Selangor Bus) dari KL ke Batang Berjuntai sejak 1998 hingga sekarang dapat memberikan idea pada Iqbal tentang antara punca utama tragedi yang nampaknya sudah jadi rutin harian pada masa ini.

Daripada soal ‘Road Bully’ hinggalah kepada yang terkini, ‘Mat Rempit’ semuanya mengarah kepada soal sikap. Sebahagian besar kita tiba-tiba jadi ‘raksasa jalan’ bila duduk di depan stereng atau hendal motor. Sabar, sopan dan hemah hilang dalam kepulan asap ekzos.

Buat Imi Chan terima kasih kerana sudi berkongsi cerita tentang pengalaman tragedi lama, pada petang Jumaat lalu (19 Jan 07).

Awak seorang yang berani. Simpati yang awak rasa memang wajar dan Iqbal kagum serta hormat awak atas sebab itu. Semoga awak sentiasa sabar bila berdepan dengan sebarang musibah, baik di atas jalan atau pun di luar jalan.

Buat Alang (Are_You), ‘kuasa dua‘kan sikap berhati-hati Alang masa memandu ya!

Buat para kenderaan, kasihani para tuan dan puan yang memandu anda. Bergeraklah dengan berhati-hati sebelum anda digerakkan oleh ‘tow-truck’.



Komen

  Textile help