Deprecated: Function set_magic_quotes_runtime() is deprecated in /home/kebaznet/public_html/log/textpattern/lib/txplib_db.php on line 14
Kebalz.Net: Sekeping Gambar, Seribu Piksel
Bro & Moe - AuratBro & Moe - JalanrayaBro & Moe - KertasBro & Moe - Salam!Bro & Moe - Pengenalan



Log Kehidupan...



Sekeping Gambar, Seribu Piksel



Keluarga Gwa, malam 5 Syawal 1429.


Mereka kata, ‘sekeping gambar, dalamnya ada seribu kata’. Entah, gwa tak pasti setakat mana tepatnya cakap mereka itu.

Mungkin mereka betul. Hmm… Gwa harap mereka betul, sebab gwa la ni agak letih nak menyambung abjad dan menaip ayat-ayat baru untuk log ini.

Jadi sebagai ganti, selepas 28 hari senyap tanpa sebarang bahan masuk, gwa rasa sesuai sangat la gwa muat-naik gambar ini. Sekurang-kurangnya, ia mewakili seribu kata yang gwa nyata sekali tidak mampu nak karang sekarang ini.

Malam lima Syawal 1429 (4 Oktober 2008), sekitar lepas Isyak, itu waktu gambar ini di ambil.

Selepas sekian lama, ini kali pertama gambar sebegini di ambil oleh keluarga ini. Seingat gwa kali terakhir sesi sebegini berlangsung ialah masa gwa darjah tiga atau empat, puluhan tahun dahulu.

Ayah siap sewa jurugambar luar datang ke rumah masa tu. tak pasti Layla atau Anuar ingat sesi itu, sebab dia orang kecik sangat lagi masa tu.

Entah, gwa sendiripun tak ingat kat mana letaknya album gambar-gambar lama itu. Mungkin kena tanya emak lepas ni. Insya’ Allah kalau ada kesempatan, gwa akan scan dan muat-naik gambar tu.

Owh, sebelum jari gwa hilang kecergasan menekan butang kibod ni, mari gwa kenalkan… ‘Doi @ Latip Sekeluarga’.

Berdiri di belakang dari kanan, Anuar (anak bongsu Doi), gwa dan Mohd Zefri Bakar @ Said (menantu Doi). Yang duduk di depan dari kanan pula, emak (Puan Bariah Jafaar), ayah @ Doi @ Latip (Encik Abdul Latif Md. Yassin) dan Laylatul Aysikin (anak kedua Doi) dengan Zurin Laylisya Khairina (cucu sulong Doi).

Selamat menempuh Syawal 1429 buat semua. Semoga kalian dipanjangkan umur untuk berjumpa Ramadhan 1430. Gwa harap begitu.

Terima kasih kepada, saudara mara, jiran dan rakan, dekat dan jauh yang sudi hadir menjenguk kami di Kota Puteri sepanjang minggu pertama Syawal ini.

Buat kalian yang jadi rakan gwa di daerah piksel dan digital maya internet ini, selamat meraikan Syawal. Mungkin gwa tidak pernah berjumpa kalian, tapi insya’Allah selagi gwa ingat, doa kebaikan sentiasa gwa pohonkan untuk kalian.

Moga kalian juga begitu… Cegu Dell, HambaRobb, Tira, Imi Chan, Wolverine a.k.a Ruulan, Hana, Nora dan Muhd Faiz dan Qissna… owh tak lupa juga buat Rosemawar (selamat terbang kembali ke KL)… selamat hari raya bro dan sis… selamat hari raya, maafkan segala salah silap gwa.

Ops.. k, ade orang datang aa… nak pi bancuh air stroberi sat. Wassalam (~ _~)



Komen

  1. hi…awk apa habaq…ingt saya lgi tak ?

    saya cuma nak bagi tau…hp saya dh hilang so number sume pun dlm tu dh hilang..kalau awk tak kisah…bole tak msg saya kat number saya seperti biasa…cz simcard ni, simcard baru replace yg lama..number awk saya dh takde…tu pun kalau awk nak bagi….

    jumpa lagi….

    wslm….

    jb

    nora · Oct 13, 07:20 PM · #

  2. Sure sis, done!

    Gwa · Oct 14, 10:36 AM · #

  3. panjang rambut adik bongsu tu. lu tak suh potong ker? :)

    jaynal · Oct 14, 07:12 PM · #

  4. Hmm… rambut dia dilindungi di bawah akta hak kebebasan bergaya individu… since gwa oppose ISA, …gwa tak boleh banyak mulut pasal rambut dia…. he he. Hmm… (_)

    Gwa · Oct 20, 12:05 PM · #

  5. waaa..encik kebal.tak sangka nama ku tersenarai di tempat pertama carta ucapan hari raya..

    tempat pertama pun 20 syawal baru la kiter baca blog encik kebal ni.patut kah??

    btw…slamat pose 6.

    dell · Oct 20, 10:35 PM · #

  Textile help



Perca Bacaan Rambang

(Koleksi petikan kata yang melintas pergi dan datang... bak kekelip di dalam tempurung ingatan gwa)



Hapus ISA!!!

www.flickr.com
kibodis' items Go to kibodis' photostream

Carian Kandungan Laman

Kategori

Pautan Luar

Bacaan Sampingan

Tidak lagi wujud!

Langganan RSS