Deprecated: Function set_magic_quotes_runtime() is deprecated in /home/kebaznet/public_html/log/textpattern/lib/txplib_db.php on line 14
Kebalz.Net: Monolog Binari Banuri
Bro & Moe - AuratBro & Moe - JalanrayaBro & Moe - KertasBro & Moe - Salam!Bro & Moe - Pengenalan



Log Kehidupan...



Monolog Binari Banuri

Hidup, ada masanya rasa macam eskalator. Gwa cuma perlu dok diam dan dia bergerak naik ke atas dan ke atas dan ke atas. Gwa tak perlu langkah kaki pun.

Biasanya ia berakhir dengan gwa jadi ralit, alpa dan lalai. Kemudian gwa akan tergolek ‘dog’. Yep! Tergolek ‘dog’…

Allah Maha Tahu betapa sukarnya untuk bangun menjadi manusia semula apabila sudah tergolek ‘dog’. Percayalah, engkau (siapapun yang baca taipan rambang ini!) pastinya tidak mahu untuk bawa titik hidup engkau ke tahap itu. Kalau nak tergolek pun, tergoleklah sebagai manusia, bukan ‘dog’!

Kemudian pada masa lain, hidup rasa macam sigai kayu. Gwa kena merangkak, berpaut dan bergayut. Gwa kena guna kederat sendiri untuk naik ke atas. Biasanya pada masa ini gwa akan rasa sunyi dan seorang, tapi alert,determine dan bersemangat.

Dalam batin gwa, rasa ‘gwa boleh’ yang terbit pada tahap itu mungkin melampaui sepuluh kali ganda rasa ‘Malaysia boleh’ yang dikandung oleh tuan doktor diktator yang sudah hilang kuasa itu, semasa pertama kali dia mengungkapkan frasa propaganda itu.

Sampai ke Marikh, mungkin gwa akan boleh pergi jauh hingga ke Marikh sebelum Sheikh Muzaffar sampai ke stesen angkasa Rusia, kalau semangat itu terus kekal dalam rohani gwa selama ini. Sayangnya ia tidak kekal dan susah untuk kekal.

Sungguh ironik, waras kekuatan gwa cuma zahir tatkala muka gwa tersembam di atas lantai realiti. Waras itu kemudian sejat semula bila gwa kembali berdiri di atas eskalator kehidupan. Lepas itu gwa ralit balik. Gwa kembali lalai dan lupa.

Kehidupan gwa macam mengalir di dalam satu gelung rasanya. Gelung hidup yang lengkap dengan zenith dan nadirnya yang tersendiri.

Gunting gelung ini! Hmmm … gwa mau putuskan gelung yang memenatkan ini. Itu yang sedang gwa usahakan sekarang.

Gwa tak pasti bagaimana caranya. Pakai gunting? …pisau? …kapak? Tak tahu. Tapi yang pasti, gwa memang perlu putuskan gelung ini.

Selamat berjaya Iqbal.



Komen

  Textile help



Perca Bacaan Rambang

(Koleksi petikan kata yang melintas pergi dan datang... bak kekelip di dalam tempurung ingatan gwa)



Hapus ISA!!!

www.flickr.com
kibodis' items Go to kibodis' photostream

Carian Kandungan Laman

Kategori

Pautan Luar

Bacaan Sampingan

Tidak lagi wujud!

Langganan RSS