Deprecated: Function set_magic_quotes_runtime() is deprecated in /home/kebaznet/public_html/log/textpattern/lib/txplib_db.php on line 14
Kebalz.Net: Keluk Raksasa Cacat
Bro & Moe - AuratBro & Moe - JalanrayaBro & Moe - KertasBro & Moe - Salam!Bro & Moe - Pengenalan



Log Kehidupan...



Keluk Raksasa Cacat

Semangat hidup gwa sejak 100 hari lepas, kalau setiap titik dirakamkan atas kertas graf, garis keluknya persis gigi raksasa cacat. Turun dan naiknya tidak tentu.

Banyak yg berlaku sepanjang tempoh itu.

Di rumah, tahap uzur ayah masih macam itu juga. Sebelum Eid el Adha baru ni, buat kali yang kedua prestasi daya fizikalnya menjunam kritikal.

Sejuk kaki dan tangan dia, sebab darah tak sampai. Lemah amat dah jantung dia, kata doktor di Klinik Sai, Batang Berjuntai.

Kemudian, hampir setengah hari Anuar, Zefri dan gwa berpangkalan di wad kecemasan Hospital Sungai Buloh.

Kalau diikutkan kehendak tuan doktor di situ, dia sepatutnya kena diam di wad selama tiga hari. Tapi, pada dia, setengah hari itu pun dia dah rasa macam ‘selama-lamanya’.

Akhirnya, sama macam kali pertama dia datang dulu, kami kena isi borang ‘risiko tangung sendiri’ yang disediakan oleh pihak hospital.

Petang itu juga kami bawa dia keluar dengan bekalan macam-macam pil dan sepucuk surat doktor. Kalau perlu surat tu akan jadi bahan sokongan untuk rawatan pesakit luar dan untuk ambil bekalan ubat di klinik Ijok nanti.

Sejak keluar dari hospital Sungai Buloh, seingat gwa dah tiga kali kami berulang ke klinik Ijok . Yang terakhir untuk ambil ujian darah lebih kurang sebulan dulu.

Ikutkan kepada jadual di kad temu janji, sesi ‘jumpa doktor ‘ ayah yang seterusnya dah ditetapkan pada 16 Januari nanti. Insya’Allah, Layla dan Zefri yang akan uruskan nanti. Gwa akan turut serta kalau diperlukan.

Mulai 2009, sistem datang kerja yang selama ini longgar di Great Goddard kemungkinan akan berakhir. Gordon dah ikrar depan gwa yang dia akan lebih ‘strict’ dan ‘ikut buku’.

Gwa tak pasti setakat mana ikrar bos gwa tu akan jadi hakikat. Setakat ni gwa nampak ‘strict’ dia sejat jadi gas bila berdepan dengan ‘superstar’ (…istilah yang dia guna sendiri untuk rujuk sesetengah individu yang dia rasa ‘tidak mesra’ pada garis panduan kerja Great Goddard selama ini).

Pun begitu, gwa tunggu dan lihat, mungkin dia benar-benar maksudkan dengan ikrar yang dia ucapkan.

Secara peribadi, gwa dah tiga kali rasanya bersemuka dengan Gordon dan Lily (isteri merangkap orang kanan Gordon di Great Goddard) untuk bincang pasal hal ‘tepat-masa’ dan ‘hadir-diri’ gwa.

Gwa bukan ‘superstar’ dan tidak bermaksud untuk jadi ‘superstar’. Inisiatif pertemuan itu terbit dari diri gwa sendiri supaya persepsi ‘superstar’ tu tak dilekatkan pada gwa.

Dua pertemuan yang pertama, masa gwa serah surat ‘resign’ gwa dan yang terakhir selepas kali pertama kesihatan ayah jadi kritikal.

Sejujur mungkin gwa terangkan pada Lily dan Gordon, yang setakat ini adalah penyumbang bulanan utama kepada jumlah ringgit yang masuk dalam akaun bank gwa.

Gwa tak pasti apa yang Gordon nampak, tapi pada dua sesi yang pertama dia tidak berkenan untuk terima surat ‘undur diri’ gwa.

Pada dia, gwa bukan ‘superstar’ atau pun parasit dan gwa tak perlu risau pasal itu. Dia percaya ada sesuatu yang gwa boleh dan telah sumbangkan untuk operasi syarikat iklan dia. kalau dia boleh sabar, gwa sepatutnya boleh juga, kata dia.

Dia bukan macam bos lain yang gwa jumpa. Gordon sendiri kata begitu.
Hakikatnya, yep, rasanya dia memang bukan macam bos lain yang gwa jumpa.

Kadang-kadang gwa sendiri dok tanya sama ada dia ‘real’ atau ‘fiksyen’, tak mengapa, masa akan tentukan.

Pada masa lain pula, gwa agak simpati juga dengan dia orang berdua bila konflik timbul di kalangan personaliti ‘superstar’ yang ada di Great Goddard pada satu-satu masa sebelum ini.

Jadi sebagai memenuhi nasihat dia pada gwa dan rasa yakin dia, supaya tidak dijangkiti virus ‘superstar’, Januari 2009 ini gwa kena sedaya upaya tambah-baiki mutu ‘tepat-masa’ dan mutu ‘hadir-diri’ gwa di Great Goddard.

Sekalipun Gordon dan Lily maklum tentang situasi ayah, rasa segan masih terbit dalam diri gwa.

Kecuali keadaan benar-benar memaksa, dalam tempoh yang ada sekarang ini gwa terpaksa minimakan penglibatan diri gwa dalam menguruskan sakit pening ayah, terutama bila ia melibatkan hari kerja gwa. Setakat ini Anuar, Layla dan emak dah laksanakan peranan masing-masing ikut kemampuan yang ada.

Semoga masing-masing dalam keluarga kecil Doi ini diberikan kekuatan untuk sabar dan kebijaksanaan dalam usaha.

Dalam pada itu, keluarga kecil ini bertambah ahlinya seorang lagi. Zurin sudah jadi kak long sekarang.

Layla, selamat melahirkan Zareen Lailisya Sofia bt. Mohamad Zefri pada Ahad, 16 Zulhijjah 1429 (14 December 2008).

Allahumma Faqqihha Fiddeen.

Allahu’alam.



Komen

  Textile help



Perca Bacaan Rambang

(Koleksi petikan kata yang melintas pergi dan datang... bak kekelip di dalam tempurung ingatan gwa)



Hapus ISA!!!

www.flickr.com
kibodis' items Go to kibodis' photostream

Carian Kandungan Laman

Kategori

Pautan Luar

Bacaan Sampingan

Tidak lagi wujud!

Langganan RSS