Deprecated: Function set_magic_quotes_runtime() is deprecated in /home/kebaznet/public_html/log/textpattern/lib/txplib_db.php on line 14
Kebalz.Net: Bro & Moe - Pengenalan
Bro & Moe - AuratBro & Moe - JalanrayaBro & Moe - KertasBro & Moe - Salam!Bro & Moe - Pengenalan



Bro & Moe - Pengenalan





Komen Iqbal –

Ingat nak siapkan semuanya dalam masa satu hari. Masa dan tenaga bagaimanapun terhad. Selepas muka depan ini Iqbal cuma sempat sisipkan empat lakaran rekreasi Bro & Moe (BnM). Bukan sekadar lakaran, tapi juga komen ringkas buat setiap lakaran. Ada yang berupa pandangan peribadi, ada yang menggambarkan pengalaman dan ada yang sekadar fantasi fikiran.

BnM tidak dilakar dengan tujuan lawak untuk ketawa terbahak-bahak, ia cuma paparan rasa fikiran seorang bernama Iqbal @ kebalz tentang apa yang dia lalui dan nampak di sepanjang perjalanan hidup dia setakat ini. Oleh sebab Iqbal ‘gila’ dengan komik, maka lahirlah BnM dalam bentuk itu.

BnM juga adalah inspirasi yang lahir selepas menatap berpuluh-puluh kepingan lakaran ‘Calvin & Hobbes’ (CnH) oleh Bill Waterson. bagaimanapun BnM bukanlah CnH.

Sesuai dengan sifatnya sebagai lakaran rekreasi, BnM sebenarnya adalah dari Iqbal untuk Iqbal sendiri dan juga untuk mereka (di kalangan sahabat dan rakan) yang mungkin berminat untuk tahu sedikit sebanyak tentang isi kepala dan pengalaman hidup Iqbal. Juga untuk mereka yang berminat dengan komik.

DEDIKASI BUAT MAK & AYAH
RAKAN ‘ONLINE’ & ‘TAK ONLINE’

2 Muharram 1428/ 21 Januari 2007



Komen

  Textile help