Deprecated: Function set_magic_quotes_runtime() is deprecated in /home/kebaznet/public_html/log/textpattern/lib/txplib_db.php on line 14
Kebalz.Net: Bro & Moe - Salam!
Bro & Moe - AuratBro & Moe - JalanrayaBro & Moe - KertasBro & Moe - Salam!Bro & Moe - Pengenalan



Bro & Moe - Salam!





Komen Iqbal –

Ini bukan kepingan lakaran pertama Bro & Moe (BnM). Sengaja diletakkan di halaman permulaan sebab kesesuaian temanya.

Siap sekitar penghujung 2000 (kalau tidak silap!). Buat Rio, Wamie & Denai (Alam Intisari Sdn Bhd), insya’Allah lu orang sentiasa dalam ingatan gua.

Buat lu orang bertiga dan bagi mereka yang mahu ambil tahu, semangat awal kewujudan BnM adalah hasil daripada kata baik, tunjuk ajar dan peransang mereka bertiga. Tidak tahu di mana mereka sekarang. Do’a kesejahteraan buat semua mereka.

Hidup ini penuh dengan jatuh dan bangun. Adakalanya kita akan jatuh tersungkur dan kita fikir kita tidak akan bangun lagi. Kemudian ada tangan-tangan dihulurkan kepada kita.

Pada masa itu baru kita faham siapa itu kawan. …kepada semua yang telah (atau akan) menghulurkan tangan sewaktu Iqbal pernah jatuh (dan mungkin akan jatuh lagi),

…Assalamu’alaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Anda semua amat dihargai, jazakAllah.



Komen

  Textile help